Thursday, 3 December 2009

.:: Ikan Keli Berlado ::.

Hhmmm....
boring gile kan..
aku pun takde post sgt nak share..
takpe2..arini aku share resepi masak k..
Hehehehe...
sape suke makan ikan keli..? gile sedap woo!!
yang aku tau ramai suke gile ikan keli ni..

Tapi kat sini aku nak share resepi Ikan Keli Berlado. hehehe

Jom2...

IKAN KELI BERLADO


BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 1/2 cawan minyak
BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR:
  • 4 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 keping kecil asam gelugur
  • Gula dan garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Gaul ikan bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan hingga separuh garing. Ketepikan.
  3. Tinggalkan tiga sudu besar minyak bekas menggoreng ikan dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga masak.
  4. Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal di atasnya.

Tadaaaa!!! Nila resepinya.. senang je.. kan? tka susah pun.. hehe. Selamat mencuba ok!! :)

3 comments:

Izzlin said...

ingtkn ko yg masak :p

aina@uyun said...

aku lak yang masak ni.. heehehe

PROJEK KELI KANVAS said...

Nak tahu info-info best dan menarik mengenai ikan Keli,jemputlah datang ke...
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
Salam ukhwah dari Penang... :)

Post a Comment

<3 Comment Me <3

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan