Thursday 13 January 2011

.:: Dana Karangkraf ::.

Saja boring-boring, saya baca megazine Remaja keluaran Januari 2011.

Ada lah sedikit info yang boleh saya share dengan korang.

Karangkraf ada menyediakan dana bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Diploma & Ijazah. (institusi pengajian tinggi terpilih)

Jom kita tengok apa kelayakan pemohon yang digariskan.

Antaranya:

  • · Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun (sape yg dah lbh 25 tu, jgnlah nak apply yer. Hhehe)
  • · Keputusan cemerlang dalam SPM (min 8 kepujian), STPM/matrikulasi/Diploma atau yg setara dengannya mencapai sekurang-kurang CGPA 3.00
  • · Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikum
  • · Fasih bertutur dan boleh menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris
  • · Tidak terikat dengan sebarang biasiswa atau pinjaman pendidikan dari organisasi lain

Cara nak memohonnya pulak :

Korang hendaklah memuat turun BORANG PERMOHONAN melalui laman web Karangkraf.

Korang boleh klik kat sini ok! KARANGKRAF

Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada institusi pengajian tinggi berkenaan:

  • · Kolej universiti SEGi (SEGi College)
  • · Universiti Tun Abdul Razak ( Unirazak)
  • · Universiti Industri Selangor (Unisel)

So, kepada sesiapa yang nak sambung belajar, korang boleh cuba apply dana dari karangkraf nih! ;)

.:: Nak membebel pasal make up! ::.

Korang suka makeup tak? Mestilah suka kan? Tipulah tak suka! Semua orang suka cantik! Betul tak? melainkan kalau ada “male readers” , maybe lah tak suka makeup! Hhihihi ;p

Ramai antara kita yang kaki makeup ni suka mengabaikan pelembab muka & foundation.

Saya nasihatkan, tolonglah, janganlah!! Sayangilah kulit anda!!! Pakailah pelembab dulu sebelum mengenakan sebarang makeup! Janganlah malas…rosak kulit muka tu nanti. Tak kesahlah pelembab muka tu mahal ke murah, janji kena pakai dulu sebelum makeup. Fair & Lovely ke, SKII ke, Dior ke, Sheseido ke, Syahirah ke janji pakai ok! ;)

Pelembab ni betul-betul protect kulit kita dari kering tau! So janganlah abaikan ok. Nanti kulit Nampak tua, jangan salahkan makeup tak betul lak. Hehe ;p

Kan dah panjang dengar saya membebel. Suka ke dengar saya membebel? Kalau korang dengar betul-betul, confirm korang tututp telinga korang! Itu saya pasti! ;] hahahaha

Lagi satu perkara penting, adalah bedak asas (Foundation). Aiyooo!!! Tau tak bedak asas ni sebenarnya bagus? Janganlah jadi malas ye? Kalau hari-hari apply kat muka, lama-lama tak rasa pun rumit atau leceh pakai bedak asas ni tau. (tapi janganlah nak pergi kedai cina apek mata sepet pun nak pakai foundation! Oooppss!!! Hehehe ;p)

---------------------------------------------------------------

Banyak tau manfaatnya kalau pakai bedak asas ni. Antara manfaat-manfaatnya adalah:

  • · Melindungi kulit korang daripada pancaran UV tau. Penting! Takdelah muka kita Nampak burn je bila tak makeup ;)
  • · Dah pakai bedak asas ni, bila kita apply bedak, Nampak lagi menyerlah tau. Nampak licin dan kemas je skin kita ;)
  • · Makeup tahan lama la sikit kalau nak dibandingkan tak pakai bedak asas
  • · Tahu tak korang, bedak asas ni melindungi kulit kita dari bahan-bahan kimia yang terdapat dalam bahan-bahan solekan yang lain. So, kena pakai ok? Hehehe
  • · Dah banyak peningkatan dalam proses pembuatan bedak asas ni. Ianya dapat memelihara kelembutan kulit muka kita tau

“renungkanlah dan selamat beramal!”


Sumber gambar dari:

* Google

* GincooMerah

.:: DemaM AJL25 melanda!!! ::.

Confirm2 ramai yang tak menyangka Ana Raffali Berjaya pada malam AJL25 kan kan? Mesti dalam pemikiran korang, Faizal Tahir, Black atau Yuna kan? Same goes to me. Hhehehe.

Apa-apa pun tahniah kepada Ana Raffali yang telah menjuarai AJL25! Persembahan anda pun comel2 je! Saya suka! ;)

Korang teruja tak tengok persembahan Faizal Tahir – Hanyut? Walaweh…. Mmg salute la dengan Faizal Tahir. Persembahan beliau memang WOW! Beliau sangat kreatif dalam membentuk persembahan beliau kan! Mantap nokk!! ;) part jatuh dalam air tuh, wow! Berapa kali dia rehearsal jatuh dalam air tu yek? Relax je boleh sambung nyanyi.. kalau saya, semput dulu lah. Hehe ;p

Tapi, persembahan yang saya tunggu-tunggu adalah persembahan Dato Siti Nurhaliza! I’m adore her! ;) WOW Superb!!! Dah lama sangat-sangat tak tengok Dato Siti buat persembahan lagu-lagu etnik kreatif! So sweet she was dancing!! Beliau menari dengan lenggang-lenggoknya. OMG! She’s beautiful isn’t she? One more thing, saya sangat2 suka baju yang dia pakai! Awesome!

She's my Idol! ;)

p/s: sorry guys, saya begitu teruja melihat beliau membuat persembahan ;)

sumber gambar dari:
* Google Malaysia
* iAwani
* Budiey

.:: Pembukaan 2011 : Inilah Yummy saya!! ::.

Sepanjang masa sentiasa bercerita tentang Yummy kan?
Tapi tak pernah saya tunjuk bagaimana rupanya kan?
Haaa…. Sebagai pembukaan tahun 2011, saya nak kongsi dengan korang Yummy saya!
Hehe nanti komen2 la ok!
Enjoy the photos! ;)

One more thing, Yummy saya cerdik tau!
Ha.. dia suka sangat main gulungan kertas. Hehe. Kalau kita baling gulungan kertas tu jauh-jauh, dia akan kejar amek gulungan kertas tu bagi kita balik! Pandai kan? Hehehe ;p


ha nak tau tak ni Yummy tido kat mana? dia tido belakang bontot encik suami.
hahaha!! kang kena kentut kang mesti bangun terlompat! hahaha!! ;p
encik suami, jangan marah ye, saya sayang kamu! ;)
__________________________________



tengoklah camane die tido. Hihihi
Tengok tangan die. kelako kan! ;)
__________________________________


here is my Yummy! ;)


________________________________________________________________________
p/s: korang nak tau tak sempena apa nama kucing saya nih? Sempena nama kawan baik saya yang hilang tak lama dulu, skang dia dah kembali. ;)

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan