Monday, 14 December 2009

.:: Bukan Senang Nak Cari Kawan Baik ::.

KAWAN BAIK

BUKAN SENANG UTK MENCARI KAWAN BAIK

  • Bukannya senang nak cari kawan yang baik
  • Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya
  • Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
  • Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
  • Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa
  • Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
  • Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
  • Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya
  • Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
-----> Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik! Kita kawan kan?

p/s: aku suka article ni.. article ni hasil nukilan dr kawan lama aku since sekolah rendah.. Aimi Nadia :) tq ya!!

0 comments:

Post a Comment

<3 Comment Me <3

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan