Monday, 9 May 2011

.:: MPN datang serang rumah waktu Maghrib! ::.


Al kisah yang manarik berlaku semalam tanggal 8 May 2011.

Lawak gilerrr dowwww~ :D
Macam ni…. Mase tu aku kat rumah… melepak bersama kawan aku Wani ( Hazwani Izzati). Kiteorg lepak sesame la coz malam tu nak g tgk movie sesame kan..
So kiteorang lepak la sampai ke malam. Hubby lak kua dengan kawan-kawan dia.
Maghribnye kiteorg naik bilik la nak mandi dan bersiap-siap. Wani bersiap kat bilik lain. Aku bersiap kat bilik aku lah kan.
Tengah kami bersiap-siap, tiba-tiba ada orang bagi salam. Aku menjenguk la kan kat tingkap.
Kereta wira putih dengan 3 orang lengkap berpakaian seragam? Ape korang pk? Ape korang pk tu tentu2 same dgn ape aku pk.
Dorg nampak aku menjenguk, siap lambai2 suh aku turun. Aku pelik la awat polis datang uma aku? Salah rumah ke? Setahu aku, jiran sebelah aku yg polis. Aku panggil wani…. 
Agaknye care aku panggil mcm gabra je, die kua bilik pun gabra je muka! Kahkahkah!!!!! Hadooiiiiiiiii!!! Aku nak gelak tapi rileks dulu tahan dulu…. Hahaha
Wani jenguk kat tingkap, dan die pun cakap polis. Haa sume gabra! Ape lagi aku call la hubby aku. Suh die balik skang jugak. Dan dia pesan jangan kua rumah. Ok la fine.
Then, si kereta wira putih ni pusing lorong rumah aku kat belakang lak. Tapi die parking kete kat depan sikit dari uma aku. Pastu die ke depan balik. Bongok je si kereta wira putih nih!
Pastu hubby da sampai dengan kawan-kawan die. Dengan sopannya die memperkenalkan diri, “ Encik, saya dari Majlis Perbandaran Nilai. Saya ada menerima aduan mengenai encik ada membuat pembakaran terbuka di belakang rumah”
Aku dengan Wani ni dengar punye la gelak sakan nak mampus dalam rumah. MPN rupenya!! Yang bodoh sangat kau serang  rumah time maghrib dah kenapa????!!! Kau tak reti nak balik tgk anak bini ke? Adoiii!!
Pastu boleh bertelagah dgn hubby lak pasal pembakaran terbuka belakang rumah aku. Haru! Sejak bile lak kiteorg membuat pembakaran secara terbuka??? Hahaha! Serabai!! Siap cakap nak bagi warning jangan buat lagi.
Hubby tak puas hatilah kan so ajak MPN tu tengok sekali kat belakang mana tempat pembakaran tu. Dengan yakinnya, dia berkata “ Saya dah tengok dah. Memang ada kesan pembakaran kat belakang rumah encik”
Hubby cakap, takpe saya nak tengok sebab saya tak tengok lagi.
MPN tu nak tak nak bawak kete pusing belakang rumah.
Bila MPN tu sampai belakang rumah, die tengok tempat pembakaran sampah tu kat belakang rumah orang lain! Malu setepekkkkkk jeee!!!! Hahahaha!!! 
Dah celah mana aku nak buat pembakaran terbuka kalau belakang rumah aku dah ada 2 biji kereta parking situ?? Haiyaaa!!! 
 MPN tolong bukak mata anda besar2 sebelum anda menyerang rumah orang.. lagi-lagi waktu maghrib! 
Bongokkksss!



Friday, 1 April 2011

.:: Tido tak cukup atau saje nak mengantuk??? ::.

Aku tatau sama ade title di atas sesuai atau tidak dgn cerita aku kali ini. hahaha! layann....

Hari ni pergi kerja dgn penuh semangat. Kononnya sebab hari ni hari Jumaat.
Cett! Macamlah esok saya cuti.
Esok saya kerja ok, sekian!
Hahaha

Hari ni pergi kerja, siapkan kerja-kerja yang ada.
(sangat tidak suka melihat kertas-kertas yang menyemak di atas tray. Saya suka melihat tray saya kosong. Terima kasih! ;p)

After cash count tadi, tibe2 ada satu perasaan yang aneh datang, perasaan itu hari ni kekal sampai ke petang, sampai habis waktu kerja. Itu adalah perasaan MENGANTUK!!!!!
Menguap dah lebih 10 kali! Oh officemates, please give me some work to do!!! Don’t like to feel sleepy in room with air-cond! Hahaha! For sure aku berjalan banyak kali untuk hilangkan mengantuk. (Jangan tuduh saya mengular. Tolong2, saya hanya ingin menghilangkan rasa mengantuk ;])

After makan2 pun still rase mengantuk, so decide to go out for take cake untuk makan2 di office! Hehe. (rajin nak ambil kek tu sebab nak hilangkan rase mengantuk, nak rase panas matahari sebentar, dan nak mengunyah kat office! Nasiblah mereka masih belum tau tabiat aku yg mencarut nih) ;p

For your info, madam (boss) tak suka her staff keluar2 if dah makan kat café. Haihh? xfaham sgt sebenarnya. But thanks for remind me. Maybe will not happen next time! ;]

Hari ini sangat riuh di rumah. Ini adalah kerana BFF saya lepaking at my house! Oh yeah oh yeah!! ;p
Balik kerja, pg pasar malam!!! (maaf kerana sedang menyusun ayat dengan tatabahasa yg betul)



p/s: macam nak buat bubur kacang hitam je malam ni heheheehee ;p

Thursday, 31 March 2011

.:: Nasi lemak punye cerita::.

Semalam dinner Nasi lemak.
Hehehe ;)
Hubby tersangat suka sambal ikan bilis. Alhamdulillah. ;)
Semalam nasi lemak ku dah menjadi sikit… barula terase lemaknya.
So masing-masing tambah 2 kali. Haha!

Jom nak kongsi resepi x? simple je. Main campak2 je. Hehehe.

Bad News : lupe nak amek gambar nasi lemak tuh! :(( sorry friends!

Jom kita masak nasi dulu!
Kita bajet untuk 2-3 org makan ok?

Cara nak masak nasi :

1. Kenalah sediakan bahan-bahan dulu. Hehe. Bahan-bahannya; beras, santan (sy guna santan kotak je), sehelai daun pandan, halia besar 2 jari, bwg merah sebiji, sedikit garam

2. Biasanya beras untuk 2 – 3 orang makan, saya ambil 2 cup skop / cawan beras. Then bilas macam masak nasi biasa.

3. Then masukkan santan. Saya biasa guna santan kotak kecil tu. Senang nak bajet. Hehe. Saya letak separuh dari kotak tu. Hehe. Barulah terasa lemaknya. Then letak garam dalam 2 cubit camtu je, taburkan halia dan bawang merah yg telah dihiris. Daun pandan jangan lupa masukkan sekali.

4. Then, masaklah! Tunggu smp siap. Naik bau satu dapur! Hehe (kalau dapur rumah anda kecil ye!)



So nasi dah tau masak, jom buat sambal ikan bilis…. Hehe

Bahan-bahannya:

Cili kering yang telah dikisar
Bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar
Garam
Gula
Asam keping
Ikan bilis yang telah digoreng

1. Tumis dulu bahan-bahan yang telah dikisar (saya tumis dalam sejam lebih atas api kecil, baru sedap – kalau nak sedap buat 5 jam hahaha)

2. Then masukkan asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tu masukkan je..

4. Gaul dan angkat! Siap! ;)

Goreng telur nak kena ajar ke? Hahahaha!!!

So selamat mencuba ya!!! ;)

Monday, 21 March 2011

.:: Move + got new work = tooooo bzzzzz ::.

aduhai...
penuh sawang dah blog aku ni..
hehehe...
disebabkan terlalu bz..
sangat2 la bz..
at the same time, after kahwin mcm2 hal berlaku.. ;)


now, dah ok sikit ;)
then aku bz hal lain lak.
kes pindah rumah.
adoii ni mmg meletihkan yang teramat.
imagine la 2minggu dah pindah pun belum setel.


the best part which i rreally hate is; toilet master room bocor. abes siling basah. tula orang dah cakap awal2 mase masuk rumah kat owner, tak caye.
ha nanti datang tgk sendiri ok! ngeng toll!

paling memenatkan ialah;

pada masa yang sama kami bz pindah rumah angkat barang sume, got call for interview. ok fine go lah. mane tau ade rezeki dapat..dahla dekat dgn uma. ehekks!

Alhamdulillah dapat. :D

Hubby pun seronok, at least TAK TERPUKANG DEPAN TV ARI2 hahahhaa!! ;p

tapi amatlah memenatkan bekerja dalam mase rumah belum berkemas. :((

dahla berdua je.. haihhhhhh...



Alhamdulillah skang sume da settle ;)



dah jadi rutin harian (be a good wife):
* every morning make hot milo / hot tea, roti bakar for breakfast with hubby ;)
* every morning sidai kain dulu before go to work (always pray janganla hujan) heheheh ;)
* balik kerja je, prepare for dinner ;p
* malam2 sikit lipat kain, iron baju hehe ;p
* tapi kena remind for myself, during weekdays CANNOT PLAYING GAMES OK! ~ini disebabkn hari sabtu main games since afternoon till 3.05am xsedar!!!!!! hubby bising!! hahahah! sorry sayang! ;p

nanti2lah update gambar yummy lah! aiyakk kemera hilang entah ke mane.. sob sob sob :(

yummy berperangai pelik bila masuk rumah baru. so we all decide kurung dia on weekdays, weekend baru lepas ;) bile lepas lari pusing satu rumah.

x boleh bla nye, lari laju sangat sampai langgar sliding door!!!! hahahahahhahaa!!!!

gelak sakan aku!!!! hubby marah! ooppssss!!! ;p

p/s: to my lovely sis, along too bz got no enough time to update blog and photoes. later will teach u how to create a blog alrite.. muah muah ;]

Thursday, 13 January 2011

.:: Dana Karangkraf ::.

Saja boring-boring, saya baca megazine Remaja keluaran Januari 2011.

Ada lah sedikit info yang boleh saya share dengan korang.

Karangkraf ada menyediakan dana bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Diploma & Ijazah. (institusi pengajian tinggi terpilih)

Jom kita tengok apa kelayakan pemohon yang digariskan.

Antaranya:

  • · Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun (sape yg dah lbh 25 tu, jgnlah nak apply yer. Hhehe)
  • · Keputusan cemerlang dalam SPM (min 8 kepujian), STPM/matrikulasi/Diploma atau yg setara dengannya mencapai sekurang-kurang CGPA 3.00
  • · Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikum
  • · Fasih bertutur dan boleh menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris
  • · Tidak terikat dengan sebarang biasiswa atau pinjaman pendidikan dari organisasi lain

Cara nak memohonnya pulak :

Korang hendaklah memuat turun BORANG PERMOHONAN melalui laman web Karangkraf.

Korang boleh klik kat sini ok! KARANGKRAF

Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada institusi pengajian tinggi berkenaan:

  • · Kolej universiti SEGi (SEGi College)
  • · Universiti Tun Abdul Razak ( Unirazak)
  • · Universiti Industri Selangor (Unisel)

So, kepada sesiapa yang nak sambung belajar, korang boleh cuba apply dana dari karangkraf nih! ;)

.:: Nak membebel pasal make up! ::.

Korang suka makeup tak? Mestilah suka kan? Tipulah tak suka! Semua orang suka cantik! Betul tak? melainkan kalau ada “male readers” , maybe lah tak suka makeup! Hhihihi ;p

Ramai antara kita yang kaki makeup ni suka mengabaikan pelembab muka & foundation.

Saya nasihatkan, tolonglah, janganlah!! Sayangilah kulit anda!!! Pakailah pelembab dulu sebelum mengenakan sebarang makeup! Janganlah malas…rosak kulit muka tu nanti. Tak kesahlah pelembab muka tu mahal ke murah, janji kena pakai dulu sebelum makeup. Fair & Lovely ke, SKII ke, Dior ke, Sheseido ke, Syahirah ke janji pakai ok! ;)

Pelembab ni betul-betul protect kulit kita dari kering tau! So janganlah abaikan ok. Nanti kulit Nampak tua, jangan salahkan makeup tak betul lak. Hehe ;p

Kan dah panjang dengar saya membebel. Suka ke dengar saya membebel? Kalau korang dengar betul-betul, confirm korang tututp telinga korang! Itu saya pasti! ;] hahahaha

Lagi satu perkara penting, adalah bedak asas (Foundation). Aiyooo!!! Tau tak bedak asas ni sebenarnya bagus? Janganlah jadi malas ye? Kalau hari-hari apply kat muka, lama-lama tak rasa pun rumit atau leceh pakai bedak asas ni tau. (tapi janganlah nak pergi kedai cina apek mata sepet pun nak pakai foundation! Oooppss!!! Hehehe ;p)

---------------------------------------------------------------

Banyak tau manfaatnya kalau pakai bedak asas ni. Antara manfaat-manfaatnya adalah:

  • · Melindungi kulit korang daripada pancaran UV tau. Penting! Takdelah muka kita Nampak burn je bila tak makeup ;)
  • · Dah pakai bedak asas ni, bila kita apply bedak, Nampak lagi menyerlah tau. Nampak licin dan kemas je skin kita ;)
  • · Makeup tahan lama la sikit kalau nak dibandingkan tak pakai bedak asas
  • · Tahu tak korang, bedak asas ni melindungi kulit kita dari bahan-bahan kimia yang terdapat dalam bahan-bahan solekan yang lain. So, kena pakai ok? Hehehe
  • · Dah banyak peningkatan dalam proses pembuatan bedak asas ni. Ianya dapat memelihara kelembutan kulit muka kita tau

“renungkanlah dan selamat beramal!”


Sumber gambar dari:

* Google

* GincooMerah

.:: DemaM AJL25 melanda!!! ::.

Confirm2 ramai yang tak menyangka Ana Raffali Berjaya pada malam AJL25 kan kan? Mesti dalam pemikiran korang, Faizal Tahir, Black atau Yuna kan? Same goes to me. Hhehehe.

Apa-apa pun tahniah kepada Ana Raffali yang telah menjuarai AJL25! Persembahan anda pun comel2 je! Saya suka! ;)

Korang teruja tak tengok persembahan Faizal Tahir – Hanyut? Walaweh…. Mmg salute la dengan Faizal Tahir. Persembahan beliau memang WOW! Beliau sangat kreatif dalam membentuk persembahan beliau kan! Mantap nokk!! ;) part jatuh dalam air tuh, wow! Berapa kali dia rehearsal jatuh dalam air tu yek? Relax je boleh sambung nyanyi.. kalau saya, semput dulu lah. Hehe ;p

Tapi, persembahan yang saya tunggu-tunggu adalah persembahan Dato Siti Nurhaliza! I’m adore her! ;) WOW Superb!!! Dah lama sangat-sangat tak tengok Dato Siti buat persembahan lagu-lagu etnik kreatif! So sweet she was dancing!! Beliau menari dengan lenggang-lenggoknya. OMG! She’s beautiful isn’t she? One more thing, saya sangat2 suka baju yang dia pakai! Awesome!

She's my Idol! ;)

p/s: sorry guys, saya begitu teruja melihat beliau membuat persembahan ;)

sumber gambar dari:
* Google Malaysia
* iAwani
* Budiey

.:: Pembukaan 2011 : Inilah Yummy saya!! ::.

Sepanjang masa sentiasa bercerita tentang Yummy kan?
Tapi tak pernah saya tunjuk bagaimana rupanya kan?
Haaa…. Sebagai pembukaan tahun 2011, saya nak kongsi dengan korang Yummy saya!
Hehe nanti komen2 la ok!
Enjoy the photos! ;)

One more thing, Yummy saya cerdik tau!
Ha.. dia suka sangat main gulungan kertas. Hehe. Kalau kita baling gulungan kertas tu jauh-jauh, dia akan kejar amek gulungan kertas tu bagi kita balik! Pandai kan? Hehehe ;p


ha nak tau tak ni Yummy tido kat mana? dia tido belakang bontot encik suami.
hahaha!! kang kena kentut kang mesti bangun terlompat! hahaha!! ;p
encik suami, jangan marah ye, saya sayang kamu! ;)
__________________________________



tengoklah camane die tido. Hihihi
Tengok tangan die. kelako kan! ;)
__________________________________


here is my Yummy! ;)


________________________________________________________________________
p/s: korang nak tau tak sempena apa nama kucing saya nih? Sempena nama kawan baik saya yang hilang tak lama dulu, skang dia dah kembali. ;)

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan