Gadis Indonesia dipaksa jadi pekerja seks di Limbang
23/04/2010 1:12pm
JAKARTA – Seorang gadis warga Indonesia berusia 18 tahun mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa menjadi pekerja seks di Limbang, Sarawak, diselamatkan oleh pejabat Konsulat Jeneral Indonesia dan diserahkan kepada keluarganya di sini semalam.
Gadis itu yang dijanjikan pekerjaan kononnya di pasar raya atau restoran di Malaysia dengan gaji RM5,000 sebulan oleh anggota sindiket penipuan, dibawa ke Limbang September tahun lepas.
Dia sebaliknya dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam dan harus melayani sekurang-kurangnya dua lelaki.
"Tanggal 12 September saya tiba di kelab malam itu, malamnya langsung kena booking. Kemudian sampai berturut-turut setiap hari,” katanya dalam linangan air mata di pejabat Kementerian Luar Negeri dan di depan para wartawan.
Bapa saudaranya yang turut berada di pejabat itu berkata, dua agen mengaku orang Jakarta yang mengambil gadis itu untuk dihantar sebagai pekerja di Malaysia, kemudiannya disedari merupakan penipu yang turut memperdayakan ramai gadis lain.
Petugas pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, Hendra Wirawan yang telah mengambil dan menghantar mangsa hingga ke Jakarta memberitahu pemberita bahawa modus operandi kes seperti yang dialami gadis itu ialah menggunakan pola pindah tangan iaitu dijual dari satu tangan ke tangan lain. - Bernama
sumber dari: KOSMO Online
p/s: apa nak jadi la orang zaman sekaang? dea tak de perasaan je dagangkan manusia? takde rase ape2 ke? isskkk...
RES V SHAKLEE PRODUK TERBARU DARI SHAKLEE
-
Assalamualaikum and Hye :)
VIVIX adalah antara produk Shaklee yang sememangnya BEST SELLING setiap
bulan. Korang boleh imagine tak ada satu supplement nih...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
<3 Comment Me <3