Tuesday 20 April 2010

.:: Achik Spin Meninggal ::.

Terkejut sangat bila mendengar artis yang rasenya dikenali ramai…
Achik iaitu vokalis kumpulan Spin meninggal dalam satu kemalangan.
Mula-mula dapat tahu, tak percaya langsung. Sampai lah saye tgk Melodi pada Ahad lepas, baru la percaya.

Di sini, ada penyusulan tentang kemalangan tersebut:

Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang 17 April 2010. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) (kata sumber Toyota Estima yang penulis dengar) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Al-Fatihah kepada arwah Achik Spin.


utk kali terakhir isteri arwah meratapi suaminya









gambar kereta arwah yang terbakar
Sumber gambar - encik Google

0 comments:

Post a Comment

<3 Comment Me <3

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan