Friday, 29 January 2010

.:: yeyyey!! boleh berblogging blk!! ::.



Waa….!!! Lame rasenye tak berblogging!!! Geram rasenye tak dapat luahkan segala perasaan kat blog kesayangan ni. Hehehe.
Dah la saya geram dgn pc saya!!
Uuuaarrgggghhhhhh!! Beberapa hari ni.. Problem sesgt… bukan email yahoo pon ta boleh. Adoyai…. Selalu kene beratur pagi2 kat pc orang sebelah.. menjeling je orang sebelah ni ha.. kikiki. Nak tunggu HQ anta orang repair, aduii…… lambat betul..

Lastly, buat sendiri.
Alhamdulillah Internet Explorer pon da boleh bukak skang! Yeahh!!!!
Boleh berblogging balik and boleh update blogshop saya!!! (www.gincoo.blogspot.com)
Thanx to Mastura (new staff) yang menggodek pc saya ni. Hehehe ;p
Abes semua pc kat sini dea update kan. Hehe. sume da setel da..

Saya nak tgk gak ni, ade problem ‘suddenly restart’ ke tak ni.. kalau ade, (rase macam nak baling je kat satellite yang ade hutan tuh!!!)

Harap2 takde la…

P/s: Kepada peminat saya, jgn sedih sebb saya lame tak update blog kesayangan saya ni ye..
Kahkahkah!!! Gile perasan! Hahaha!! :D

Friday, 15 January 2010

.:: I Love Make Up ::.



I love makeup!! Hehe

Terlalu addicted dgn makeup, sampaikan kalau malam-malam takde keje, aku main makeup testing macam2 lah kat muke ni. Hehe
Tak kesahla kan.. eyeshadow tu kalo tak gune bertahun tak abes2. baiklah aku guna main2 makeup2 sambil2 aku leh mahirkan lagi skill ‘mendesignkan” muka. Haha

Make up yang aku pakai skang ni nak tau? Hehehe
Ni ha makeup2 yang aku guna harian. Hehe

Eyeliner
1. Secret Eyeliner Black – best gile eyeliner ni. Tak cair dan tak comot2. aku pakai body shop pun meleleh2 cair. Apeda. Ni pon jimat dah. Hehe. Baru RM 13.90. hehe

Eye shadow
1. Elianto Eyeshadow – hehe. Nak kate best tak de la best mane. Tapi sebb aku da kumpul banyak color wrna2 elianto ni, aku pakai je la. Hehe tapi tak best mane la kalau tak pandai pakai. Warna dea tak lekat lame. Hehe. Elianto ni yang best nye yang silver and gold. Hehe. yang macam basah sket warna dea. Tu jela best. Hehe lain kureng la bg aku. Hehe
2. MAC Eyeshadow – nila aku pakai hari2 skang. Hehe. Warna dea mmg best! Pastu lak tahan lame! Tu yg penting! Hehe. nak blend pun senang. Hehe. Warna fav aku ialah light grey, dark grey and black! Hehe. Siang2 pon kadang-kadang aku suke pakai warna dark grey. Ahahaha!

Compact Powder
1. Miami – Aku rase sume orang dah tahu Miami powder ni kan? Hehehe. Memang fames gile dgn mak andam2. hehe tahan lama satu hal. Satu hal lagi, bile pakai, macam bersih licin je muke. Hehehe. Tu yg best. Haha. Tapi kalau nak beli, beli time ade sales, RM18.90 leh dapat, kadang2 tu RM15 leh dapat. Kalau takde sales, alamatnye RM38 la kene beli. Haha. Aku da pakai bedak ni since aku Form 4 sampailah skang. Elok je. Haha
2. Pixy – Haa.. ni kawan aku batu kenalkan kat aku. Not bad la. Lebih kurang same macam Miami. Mmg compact gile bedak dea. Yang ni aku beli gelap sket dr Miami.. Sebbnya… time aku free hair takdelah berbelang leher dgn muke. Ahahha! Aku pakai yang refill nye je. RM10 je. Hehehe


Foundation
1. Loreal True Match – Yang ni aku suke gile. Sebb ade bling2 sket. Hehehe. Kalau kene cahaye tu muke nampak shining je. Hahaha. Best2!! Kadang2 tu kan aku sapu foundation ni kat kaki dan tangan. Hahaha! Macam Beyonce buatlah. Hehehe! SShhh…!! Time gile gini la. Hahaha! Tp mmg best! Lembut je foundation dea! Lagi satu tahan lama boelh tahan. Dr pagi sampai malam elok je lagi bertepek mat muke ni ha! Hahaha! Aku pernah pakai time mandi, tak tanggal or cair maa! Hehehe. Ni aku beli dah 5 6 bulan yang lepas tak abes2.. cam tka luak je. Padahal aku rase dah bnyak aku tepek2kan kat muke aku ni ha! haha
2. Sari Ayu - Haa! Yang ni lagi satu! Aku pakai ni since aku form 4 jugak! Hehehe. Yang bestnye, Sebotol foundation ni RM6 je leh tahan 2 bulan. Kahkahkah! Mmg jimat tahap gaban la! Hehehe. Sampai skang aku still pakai lagi. Hehe. Sebbnya foundation ni ada byk khasiatnya. Dea bukan colorkan muka semata2. dea boleh baikpulihkan kulit. Tu pasal mase skolah aku pakai je foundation ni. Hahaha! So untun sesapa yang nak pakai make up and baru belajr, aku cadangkan try la Sari Ayu. Sebb ianya tka merosakkan kulit. Tambah cantik lagi kulit korang adela. Ada macam2 khasiat tau! Ehehe.
3. Naturactor – haa! Ni yang terbaru aku beli! Mmg best! Dea stick. Sebelum2 ni aku pakai liquid je. Hehe. tp ni mmg best. Muke gebu je. Hehehe. So skang aku maintain pakai yang ni jela. Tapi sayang gak pakai hari2 sebb mahal sket dr yang atas2 ni...so ikut time aku pakai ni. Haha!

Blusher
1. Elianto – aku pakai Elianto je. Hehehe
2. Body Shop – Dulu pernah pakai.. pastu stop beli sebb mahal. Hahaha! InsyaAllah akan ku sambung balik pakai body shop. Hehe

Mascara
1. Maybelline Volume – Yang ni aku pakai. Hehe. Sebb mascara akan tebalkan dan panjangkan lagi bulu mate. Hehehe. Best2.. sampai nampak macam doll bile pakai. Hahaha!


Thursday, 14 January 2010

.:: I'm in dilemma ::.

Malam tadi… Jam lebih kurang jam 2000 hours..
Aku sms ummi..

Cam nilah bunyik sms tu lebih kurang..

"Ummi, along boringlah keje airport. Rase macam tak berkembang je. Badan je yang berkembang adela.. Ingat nak tolong umi kat salon baru umi tu jela. Sambil-sambil belajar gunting rambut dengan umi. Nanti dah kawin kang, barulah ikut zaki kan. Ok tak? Along bosan gile la.. "

Camtu la ayatnya..huhu..
Pastu umi terus call. So lebih kurang ginilah bunyinya perbualan antara anak dengan umminya. Hehehe

Ummi:
“ Alhamdulillah baguslah along pk camtu. Ummi ni kalau boleh nak along stay dengan ummi la sementara belum kahwin ni. Nanti dah kawin mane nak dapat dah luang mase dgn ummi berbulan-bulan. Entah-entah nak tinggal seminggu pun payah. Ade lebih kurang 10 bulan je lagi tinggal, tinggal dgn umi la. Ummi leh ajar cara potong rambut. Along yang lain2 dah pandai dah kan. Potong rambut je. Nanti boleh amek kursus utk facial muka pulak ke. Nanti boleh bukak kedai sendiri.”

Along:
“ Tula along pikir camtu gak. Bosanlah kat sini rupanya. Ingat best. Tapi bosan sebenarnya ummi. Nothing here. Duduk dgn family lain rasenya. Tula along ingat along tolong ummi kat salon dulu. Smbil2 belajar gunting rambut dgn ummi dulu kan."

Ummi:
“ Tula. Tinggal dgn ummi la sebelum kahwin ni yer.. Lepas ni takde dah nak tinggal dgn ummi bila ada family sendiri. Fikir betul2. Sayang tau along. Lepas ni along dah bz hal along sendiri dah takde mase dgn ummi.”

Tut tut tut…
La…kdt mak aku da abes la kot. Hahahhhaha

So, I’m in dilemma now.. (hhmmmmm)
Tapi rasanya aku nak berhenti kerja la 2 3 bulan sebelum kahwin.. Nak stay dengan ummi kat kuantan.. :) nanti ku bincang dgn abah.

Wednesday, 13 January 2010

.:: Not Feeling Well ::.

MySpaceuummm.... tak berapa sehat la.. adoii... berat je badan ni rasenye..

dah la mc 2 hari... tp still macam tak cukup je...

maybe sebb dah kurang buat aktiviti luar sume..

badan jadi berat kot.. dan mudah saket2..

dulu setahun skali payah nak saket. hhmmm...

Sekarang lain sesangat dah. Dalam setahun berkali-kali sakit adela.. Takpelah, maybe da banyak dosa kot. Allah nak ampunkan sikit2 dosa yang aku buat ni.. hhmmmm...

ni balik keje tido jela..tak larat gile.. sambil layan cite cinta Balqis. hehee :)

MySpace






Monday, 4 January 2010

.:: Happy New Year ::.

Azam baru 2010


Harap masih belum terlambat. Hehe.
Sebelum tu nak wish kat sume org..


“ Happy New Year!!! Semoga tahun baru ini lebih manfaat dr tahun sebelumnya! Amin.”

Azam sy tahun 2010 ni :
-----
----
---
--
-


  • Mempertingkatkan lagi penampilan diri sebagai seorang muslimah..InsyaAllah

  • Mempertingkatkan lagi ilmu-ilmu praktikal untuk perkhidmatan yang akan datang

  • Mempelajari untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada suami

  • Mempelajari dan menambah ilmu dalam menjaga maruah dan nama baik suami sebagai penguat dalam pembentukan diri

  • Mempelajari untuk lebih matang dalam berfikir

  • Mempelajari untuk lebih ke arah keibuan (ini kerana saya sudah pun bergelar seorang ibu dengan wujudnya Baby&Sofya)

  • Membantu ummi sedaya yang mungkin dalam apa jua masalah

  • Untuk memcapai impian saya : mempunyai bisnes sendiri. Untuk ini, haruslah saya berusaha dan korbankan sedikit masa dalam diri saya untuk mencapai apa yang saya nak

  • Membuktikan pada orang tua saya bahawa saya tidaklah selemah yang mereka sangka

  • Membuktikan pada orang tua saya bahawa saya tidaklah sekolot yang mereka sangka

  • Membuktikan kepada semua orang bahawa kita tidak boleh menilai taraf seseorang itu dgn tahap pendidikan yang mereka ada

  • Membuktikan kepada mereka bahawa saya juga boleh berjaya seperti yang lain


    Inilah Azam saya!
    Cukup 12 azam yang saya mahu capai. Sayang, sokong I ok? Hehee
    Love u sayang.. Thanx for supporting me, patient with me, listening with my bubbling, and really care bout me! Really appreciate you sayang!



Wednesday, 30 December 2009

.:: My E-Day ::.

---My Engagement Day---
Tanggal 26 December 2009, terikatlah satu ikatan pertunangan antara Nurul Aina & Mohd Zaki.
Hehehe. Best2..
Disebabkan anak2 (sofya & Baby) dan adik aku Anis suka sgt color pink, aku n Z decide nak buat color pink untuk pertunangan ni.
Tadaaa!! Soft pink gitu.

Hehehe. Tatau dalam bilik aku ni punyele nebes habes. Hahaha. Pegang eyeliner pon tangan terketar2.. hahaha!! :D

Aimi gelakkan je.. Relax2 katenye. Haha
Then, anem sampai… dea pulak ditugaskan secara automatik jd pakar kecantikan saye malam tu. Hehe!!

Jadi kalut sunggoh la dalam bilik tu. Adoi.. Pastu dgn kuku tak potong nye. Haha. Anem tolong potongkan. Pastu tangan itam berkaroh. Tatau la gone nak buat. Tula gune nya ade True Match Pearl Loreal Foundation … Mektokk yya ni pandai btul. Hehe. Dea tolong sapu kat tangan aku yg berkaroh itang ni. Hahahahhaha!!!

Macma Beyonce katela..dea pon gune True Match Pearl Loreal Foundation tu sapu kat kaki and badan dea sume. Lagi dasat. Haha!

Thanx to Chef Hanif yg bersusah payah siapkan hantaran ni sume sampai tak tido. Suke sgt2!! suke gile! nnti kawin, aina panggil Chef lagi k! hehe.

Thanx kepada kawan2 yang datang!!

Kepada Pang5 Perang Geng:
You all best gile la!!
Tq to Tasya (mekasih ye cik abg zul yg tolong bwakkan tasya ni ha) & Hunny (ko buat aku terkejut tau) yang datang dr JB. Sean korang dtg jauh2! Saya hargai sesgt!
Tq to Arizan, Aliff, Firdaus1, Firdaus2, & Asraf... Sempoi la korang.. kasi meriah hari tu. best2!!!
Tq to Mektok Yya (sian dea sanggup delay masuk hostel, amek bus 530pm tu ye..sayang awak sesgt!! mekasih la mektok gilapkan tangan saye aritu. haha)
Tq to Dilla Danial (walaupun lambat sket..hahaha)
Tq to Chimey ( ko senyap2 je dtg tak bgtau hunny ko simpan kat uma ea)
Tq to Yasmin Firdauzy yg dtg dr PArit Buntar ( Abes Exam je, tgh malam tu naik bus trus ye...mekasih2!!!)
Tq Ekin comey lote & Ct (lari tema sket.. hahahah)


Kepada SABSian:
Tq to Anem Bubue ( syg awk! awk byk tlg kite!!! suke2!!)
Tq to Dayu (majok konon sbb bgtau lmbat kat dea, tp dea byk pose skali.. haha)
Tq to Nasrul & gf, Ijan n Che sudi gak nak datang even tak jumpe rumah, padahal da sampai IM2 ni.. hahaha. Aku ttp hargai beb. hehe
Kepada KPMM:
NO ONE!

Kepada SKT Geng:
Aimi!!
hehe. ni kawan dr main longkang dulu2 mase kecik tau. haha
Ok..tq to all yg memeriahkan lagi majlis aku yg tak seberapa.

Tq to Cik Ju & Cik Rose & Cudah yang jadi chef utk menu hari tu. Mmg sedap gile la lauk pauk tu.. malam tu aku siap ratah 4 5 mangkuk! hahahaha

Monday, 21 December 2009

.:: Kisah dan Tauladan (Papa buat kat Mama boleh?) ::.


Terkedu…!!!!
Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan di kawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . Pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi terserlah ketampanan wajahnya seiras wajah si ayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya,

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : Sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..




Monday, 14 December 2009

.:: Tips Shading untuk Sempurnakan Hidung ::.

Tak perlu malu jikalau korang memiliki bentuk wajah yang kurang sempurna.

Dengan sentuhan make up semua bentuk kekurangan boleh ditutup.

Salah satunya bentuk hidung yang kurang mancung.

Korang boleh mengubahnya menjadi terlihat lebih menonjol, mancung cantik dan sempurna dengan menggunakan teknik shading yang tepat.

Jom saya ajarkan cara-cara utk shading ok? hehe. :)

  • Mula-mula, kenalah membersihkan wajah terlebih dahulu. Aplikasikan pelembab, lalu ratakan permukaan kulit wajah dengan foundation. Pilihlah foundation yang senada dengan warna kulit ok. Jangan memandai nak amek warna foundation yg putih2 je. Tu yg nampak sejampuk tu kang. hehe.
  • Kemudian, buat bayangan gelap pada sisi garis tulang hidung. Gunakan jemari Anda agar shading lebih membaur dan menempel dengan sempurna. Anda boleh guna eyeshadow color darkbrown kalau tak mampu nak beli shading2 dia. Kat sini saya bg tips, gaulkan skit pada tangan anda foundation + sedikit color darkbrown. Tadaa!! Leh jadi warna utk shading maa! Hehe.
  • Aplikasikan bedak tabur secara merata dengan cara menepuk-nepuknya ke seluruh bagian wajah. Lalu akhiri dengan menyapunya menggunakan berus beus besar. Ini bertujuan agar bedak lebih melekat cantik di atas foundation.

Untuk menampakkan lagi agar hasil mancung hidung kelihatan lebih jelas, sapukan kembali shading berbentuk powder dengan menggunakan berus kecil.· Akhiri rias wajah dengan menggunakan blush on warna pink agar wajah tampak lebih segar.

Ha..senang kan.. tak susah la.. mule2 mmg la amek mase lame nak buat. So buatla selalu.. lame2 10 minit pun tak sampai. hehehe. Teknik shading hidung ni sesuai la dgn saya. Almaklumlah.. saya tak de batang hidung. hahaha!

Selamat Mencuba!! :)

.:: Meet my BFF Again ::.

Meet Them is One of the Best Thing I Did in My Life!!!!


Thank you mekLa mekya sebab hadir dalam hidup saya! awak berdua mmg terbaik kawan saya! muahxx!
-------------------------------------------------------

MekLa yang cantik lg ayu kan...

------------------------------------

Ismail Kundow saye! hehehe Kami je tau Ismail Kundow nye cite. hahaha

.:: Bukan Senang Nak Cari Kawan Baik ::.

KAWAN BAIK

BUKAN SENANG UTK MENCARI KAWAN BAIK

  • Bukannya senang nak cari kawan yang baik
  • Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik
  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya
  • Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
  • Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
  • Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa
  • Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
  • Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
  • Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya
  • Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
  • Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya
  • Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
-----> Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik! Kita kawan kan?

p/s: aku suka article ni.. article ni hasil nukilan dr kawan lama aku since sekolah rendah.. Aimi Nadia :) tq ya!!

Thursday, 3 December 2009

.:: Ikan Keli Berlado ::.

Hhmmm....
boring gile kan..
aku pun takde post sgt nak share..
takpe2..arini aku share resepi masak k..
Hehehehe...
sape suke makan ikan keli..? gile sedap woo!!
yang aku tau ramai suke gile ikan keli ni..

Tapi kat sini aku nak share resepi Ikan Keli Berlado. hehehe

Jom2...

IKAN KELI BERLADO


BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 1/2 cawan minyak
BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR:
  • 4 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 keping kecil asam gelugur
  • Gula dan garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
  1. Gaul ikan bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng ikan hingga separuh garing. Ketepikan.
  3. Tinggalkan tiga sudu besar minyak bekas menggoreng ikan dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga masak.
  4. Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal di atasnya.

Tadaaaa!!! Nila resepinya.. senang je.. kan? tka susah pun.. hehe. Selamat mencuba ok!! :)

Wednesday, 2 December 2009

.:: My Sis Follow Me ::.

Wahh adik aku sorg ni...
cuti sekolah kan sekarang.. nak ikut aku lepak sini lak..
suke suki je dea..
tau perabehkan duit aku je tuh.
hahaha.
no hal.. tak kesah punye. hehehe. dah jarang sgt dea manje dgn aku kan... hehe
duk kat airport ni bergilir la aku dgn z jage dea. hua hua hua
:D
malam tadi g funfair... ade ajak z naik yg pusing laju2. hahah. z muke cuak je.. anis relax konon.. pastu naik sampan..dea yang muntah. hehehe.
mane taknye.. baru lepas makan dah nak main funfair..
isk...
lately...no mood la nak berblogging. hehe
tp ku tetap try utk posting gak. hehe
bz mencari stok utk dimasukkan ke dalam blog. hehe
jom2... lawat2 la blog shopping aku ni.. macam2 ade tau. hehe
kasi besar sikit kasi org nampak.. ngeh3!!
gile kentang promote lagi..
hehehe...
bosan gak asyek post ttg aku je..
nnti nak post tips2 kecantikan ke, tips2 make up ke, ok tak? komen2.. hehe

Wednesday, 25 November 2009

.:: bz ::.

aiyoo...sangat bz la.. tade mase nak posting.. hhmm...
bz dgn bisnes online ni.. hehe
jomla kawan2 kite shopping at:
macam2 ade tau!! hehehe =]

Tuesday, 17 November 2009

.:: Times Square ::.

Ahad lepas... boring sesgt.. saje ajak dea naik train g TIMES SQUARE. hehehe. Best jugak.. hehe. kiteorg gerak g sane dalam kol 2 dah.. so smp Times Square kol 3 lbh..

Hajat di hati nak tgk 2012 tp hampeh!!!! Full!!! (sigh) Saket hati betul. Last2 Z cakap tgk cite thailand la.. cite Action.. REGION PHEONIX.. mule2 tak suke sgtla.. dah Z nak tgk tu..kite tgk jugak..hehehhe.

Pastu kiteorg g cari makan.. puasla pusing tatau nak makan kat mane, Lastly makanla kat Papa John Pizza. Hee~ Ok jugak. :)

Ntah ape yg dia explain ntah.. Layannn.hehe


Handsome la konon! hehe. bkn rupa jadi ukuran tp hati sayang buat i terpikat. hehehhe. Love u sayang!!!
Lepas makan, kiteorang pun gerak pergi cinema.. tp yang lawaknye kiteorang sesat. Hahaha! Puasla pusing cr tempat first2 kiteorang beli tiket..tp tak jumpe. Adoyai. Lawak betul. Aku gelak je sepanjang berjalan tuh. Hehe. Actually mood nak tgk wayang dah lari sikit bile tka dapat tgk cerita yang betul2 aku nak. Tp bile tgk..wah! best!!! 4star or 5star la i bg! mmg syok lah!! hehe. Layannnn... Tapi tgk2 Z kat sebelah tedong???? oit...cite lawan2 pon hang boleh tido ka? haha Rupenye kesejukan tak tahan.. hehe Silap aku jugak tak bawakkan selendang utk dea selimut dalam wayang. hehe. Terlupe.. Sorry sayang. Next time i bawak selimut terus untuk sayang ye.. huhu.


Abes wayang tu.. ingat nak main roller coaster tu...tp kan.. mak aii.. bile dah nak Q beli tiket.. sekali tiket dea pusing O tu semacam je.. tak jadi! hahahhaha!cuak den nengoknye.Bikin haru!!!
candid by HIM! =]

Thursday, 12 November 2009

.:: Jemput ke Perkahwinan Dyla Muiz ::.

Perkahwinan Dyla & Muiz

Kawan-kawan, jemput hadir ke majlis perkahwinan member kite Dyla & Muiz. Aku wakilkan bagi pihak dia utk menjemput sume kenalan di KPMM.


Sedikit coretan dari aku untuk Dyla & Muiz:

  • Tahniah Dila!!! Tahniah Muiz!!!
  • Aku bangga dgn ko ngan Muiz. Bermacam dugaan korang lalui, korg ttp kuat dan akhirnya ke jinjang pelamin.
  • Semoga bahagia ye syg! Semoga hubungan ini terus berkekalan ke akhir hayat. Amin.
  • Nanti ade anak.. aku cop dulu jadi 1st mama boleh? hehehe :)

Monday, 9 November 2009

.:: Asam Garam Kehidupan ::.

Ok ke ha title tu? hahaha
poyo je kan..? hehe ;) tp tula..mule2 macam2 perasaan ade dalam diri ni ha.. sume serbe tak kena..dush dush!
skang da ok! wee~da slow talk..ok la ni.. hehe
agaknye sebb aku kene tinggalkan dea 2 hari kot baru nak baik.. hahaha
-----------------------------------------
pompuan biase la kan.. kalau emo.. habislah.. macam2 boleh buat. hehe
dea pun satu.. tolak ansur la sket.. ni tak.. asyek dea je yang betul saket ati la beb! heheh
tp takpe skang da baik2 da..
=]
-----------------------------------------------------------------
Sabtu Ahad lepas..aku kene stay kat Brisdale Hotel KL..
Ada kursus spa kat sane..
Tp tatau nape ramai gile tak puas hati dgn kursus ni..
tp aku pon ade sedikit tak puas ati dgn kursus ni...
Lantakla..

Course Name: Balneology eSpa/Sauna Training
7-8 Nov 2009
Hotel Brisdale KL

ni aku kat bilik hotel tu...kepenatan tak cukup tido... :(

aku kene present ttg "Green Sun bath tab" dea. haha
lame gile tak present.. adoi..
--------------------------------------------------------------------
Balik dr kursus, Z jemput aku.. kiteorg singgah The Mines beli barang2 kejap. Alang2 kua kan... nak harap dea bawak berjalan sesaje kat KL... hhmmmm...... mati hidup semule pun takde. hahaha :D
Tp sonok sgt...sebab sebb... urmmmmm adela.. hehe
love u Sayang!!

Thursday, 5 November 2009

.:: Baru Jumpe Pe'ah ni ::.

Setelah sekian lame baru jumpe pe'ah ni.. adoi.. pyh btul jmpe pe'ah ni. hehe
pulak tu, anak2 aku lekat dgn dea. haha
seap panggil MAMA YAM...wahh.manje btul ko yam dgn anak2 aku. haha

tgkla bukan main kemas baby hug mamayam dea. hehe ;) -ni ms open house uma dilla kat bdr br bangi. ;)

siap nak duduk beriba. haha. yam2...ko letih melayan dorg ni. hehe~ satu2 ko ikut cakap baby tu yam. haha.
kate baby, "tak bestlah panggil Mak Yam..panggil mama Yam la" hhaha

nak jugak baby berkepit. hehe

depan uma dilla. nk blk da time ni. hehe

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan