Saja boring-boring, saya baca megazine Remaja keluaran Januari 2011.
Ada lah sedikit info yang boleh saya share dengan korang.
Karangkraf ada menyediakan dana bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Diploma & Ijazah. (institusi pengajian tinggi terpilih)
Jom kita tengok apa kelayakan pemohon yang digariskan.
Antaranya:
- · Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun (sape yg dah lbh 25 tu, jgnlah nak apply yer. Hhehe)
- · Keputusan cemerlang dalam SPM (min 8 kepujian), STPM/matrikulasi/Diploma atau yg setara dengannya mencapai sekurang-kurang CGPA 3.00
- · Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikum
- · Fasih bertutur dan boleh menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris
- · Tidak terikat dengan sebarang biasiswa atau pinjaman pendidikan dari organisasi lain
Cara nak memohonnya pulak :
Korang hendaklah memuat turun BORANG PERMOHONAN melalui laman web Karangkraf.
Korang boleh klik kat sini ok! KARANGKRAF
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada institusi pengajian tinggi berkenaan:
- · Kolej universiti SEGi (SEGi College)
- · Universiti Tun Abdul Razak ( Unirazak)
- · Universiti Industri Selangor (Unisel)
So, kepada sesiapa yang nak sambung belajar, korang boleh cuba apply dana dari karangkraf nih! ;)